zzzzzzzzzz

zzzzzzzzzz

Monday 12 September 2011

My Idolzzzz






Michael Jeffrey Jordan (lahir 17 Februari, 1963) adalah satu bola keranjang bekas Amerika pemain profesional, Beliau merupakan orang yang menjadi tunggak utama saya untuk bermain bola keranjang. Baju jersey yang selalu dipakai oleh beliau ialah No. 23, 45, 9, 12. Posisi beliau semasa bermain ialah shooting guard/small foward. Ketinggian beliau ialah 6 kaki 6 inci(1.98 m), manakala beratnya pula 98kg. Beliau bermain dalam pasukan
chicago bulls(1984 - 1998) dan bermain dalam pasukan washington wizards(2001 - 2003). Beliau juga digelar the legend dalam dunia bola keranjang.

Micheal Jordan  -  AIR WALK  -


The ENdzzzzzzzzz......



Teknik Asas bola keranjang

Hantaran

Selain daripada mengelecek, bola boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat lain, atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi hantaran.Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk menggerakkan bola ke arah keranjang.Apabila seseorang pemain tidak dapat mengelecekd isebabkan pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan kelecek, pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masihdalam penguasaan pasukannya.Perkara penting dan utama yang harus diberiperhatian oleh seseorang pemain apabila membuat hantaran bola ialah dia hendaklah membuat hantaran yang selamat.


Membuat hantaran merupakan kemahiran individu yang harus dimiliki dan dikuasai oleh setiap pemain. Daripada kemahiran individu inilah kemahiran pasukan dibentuk. Dalam hal ini sering dianggap bahawa membuat hantaran dan menerima hantaran merupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Ini bermakna kedua-dua pergerakan iaitu menghantar dan menerima bola sering dikategorikan sebagai satu kemahiran tersendiri.

Terdapat 3 jenis hantaran :


  • Hantaran Aras Dada

Dengan menggunakan kedua-duabelah tangan pemain. Biasanya kedudukan pemain semasa melakukanhantaran dada adalah suatu kedudukan yang memudahkan pemain membuat hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu.
Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dankelajuan diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemainlawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akanmembuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras.Sebagaisalah satu cara menghantar bola dalam bola keranjang, hantaran inihendaklah dikuasai oleh setiap pemain.






  • Hantaran Lantun

Hantaran lantun merupakan jenis hantaran membuat hantaran dalam permainan bola keranjang.Hantaran ini boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah ataupun kedua-dua belah tangan. Hantaran lantun dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawanyang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya. Dalamhantaran ini, pemain melantun bola ke permukaan gelanggang supaya bola melantun dengan baik untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untukmenerima bola.Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan berkesan.







  • Hantaran Di Atas Kepala 
Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak pantas melepasi kepala pemain lawan. Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain yang tinggi, khususnya pemain penyerang dan pertahanan. Hantaran ini juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalamsituasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantarantinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.



Video Video Video







Teknik Asas bola keranjang

Mengelecek


Mengelecek merupakan kemahiran asas terpenting dalam bola keranjang yang perlu diketahui dan dimahirkan oleh seseorang pemain. Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam gelanggang sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol. Pemain yang dapat menguasai dengan baik kemahiran mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam gelanggang dengan berkesan.

  • Teknik mengelecek

Terdapat beberapa cara mengelecek dalam bola keranjang. Antaranya ialah kelecek rendah, kelecek tinggi, kelecek dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek.

1. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak tangan.
2. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek.
3. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal.
4.Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relax.
5. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut kadar kelajuan jarak pemain lawan.
6. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan,pemain hendaklah mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan.
7. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang.

  • Kelecek rendah
Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak olehpemian lawan. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan tidakmempunyai peluang untuk merampas bola itu,kecuali pemain yangmengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Dalam hal inipemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik.


  • Kelecek tinggi 

Kelecek tinggi dilakukan semasa pemian lawan berada agak jauhdaripada pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga digunakanapabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang berada di sekitarnya.Kelecek ini dilakukan untuk menggerakkan bola dengan pantas dari satutempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan menjaringkangol. Perbezaan ketara antara kelecek rendah dengan kelecek tinggi ialahdalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam kedudukan yang lebih lurusatau menegak daripada kelecek rendah.

 


Video Video Video



Teknik Asas bola keranjang

Antara teknik-teknik asas ialah :



  • Jump shot(jaringan lompat)
  • Straight shot (jaringan tegak)
  • freeze shot ( jaringan kaku)
  • Lay up (jaringan cangkuk)

Jump shot(jaringan lompat)



























Straight shot (jaringan tegak)




freeze shot ( jaringan kaku)



Lay up (jaringan cangkuk)






Video Video Video






Latihan asas bola keranjang

Seseorang pemain bola keranjang memerlukan kemahiran seperti melontar , menangkap , dan menjaring. Dia juga perlu kemahiran kemahiran lain seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke sebarang arah termasukan melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung yang lain, jika tiada hentian permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap pemain ialah daya tahan , kekuatan , kelembutan , ketangkasan , dan pelaziman untuk membolehkannya mengendalikan bola.Untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemain bola keranjang yang berjaya , dia hendaklah boleh bergerak dengan cepat , tangkas , pantas , dan mempunyai daya tenaga untuk melompat. Di samping itu dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang ruang dan para pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil.Dalam permainan bola keranjang , terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu diperolehi bagi setiap pemain . Biasanya kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran permulaan , pertengahan , dan kemahirkan lanjutan . Kemahiran tersebut telah disusun mengikut perkembangan pengajaran yang lojik dan bukannya mengikut fungsi.
Kemahiran permulaan , iaitu kemahiran asas , amat diperlukan untuk membolehkan seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran pertengahan dan lanjutan pula merupakan satu bahagian penting dalam permainan bola keranjang secara menyeluruh yang membolehkan pemain menghadapi lebih banyak jenis keadaan. Namun begitu , kemahiran permulaan tetap menjadi asa permainan di semua tahap kemahiran.Oleh itu , dalam buku ini terdapat huraian tentang kegunaan bagi setiap kemahiran . Kemahiran-kemahiran itu sianalisis dan seterusnya diperkenalkan butir-butir untuk pengajaran dan pembelajaran .Setiap kemahiran disusuli dengan latihan yang sesuai . Semasa menghurai kemahiran tersebut , situasi permainan ulung dan yang diubahsuai juga disentuh yang menekankan pada situasi permainan yang dialami oleh pemain di peringkat awal pengalamannya.Kemahiran yang memang diperlukan oleh seseorang pemain ialah menghantar , menangkap , dan menjaring bola pada jarak dekat dan jerak sederhana jauh. Di samping itu juga pemain perlu mempunyai kemahiran gerak kaki asas untuk mengawal bola.Walaupun kemahiran pertahanan amat penting dalam permainan bola keranjang,tetapi permainan boleh diadakan sebelum kemahiran pertahanan disampaikan kepada pemain berkenaan.



Apa latihan yang perlu ditekankan kepada Pemain bola keranjang?


Kuasa pecutan
Latihan : lari pecut 
Ulangan : 3 kali seminggu ( 1 hari 10 set )

  • Berlari pecut diatas gelangang bola keranjang secara ulang-alik. Selepas itu berhenti rehat selama 3 minit dan lakukan larian pecut semula sehingga 10 set. Bagi permulaaan lakukan secara berperingkat.
Stamina
latihan : berlari/jogging
Ulangan : 3-5 kali seminggu ( 10 minit )
  • Belari atau jogging( dilakukan secara selang -seli ),boleh dilakukan diatas gelanggang selama 10 minit tanpa henti.
Jarak lontaran
latihan : melakukan lontaran dari setiap sudut
Ulangan : tanpa had
  • lakukan lontaran di setiap sudut.
Air Alert( Latihan lompatan )

  • Leapups


Leapups  menggunakan tali 

Langkah 1:    pada mulanya berlutut turun pergi ke 1 / 4.
Langkah 2:   melemparkan tali dan melompat naik apabila tali menyentuh hujung tanah .
Langkah 3:   ulang sehingga 1 set sepenuhnya.


Leapups tanpa menggunakan tali

Langkah 1Pada mulanya berlutut turun sehingga 1 / 4 letakkan kedua-dua            lengan di sebelah pinggang.
Langkah 2melompat naik manakala  lengan anda mesti diluruskan terus di sebelah badan apabila kaki menyentuh hujung tanah tangan harus diletakkan semula ke pinggang.

  • Stepups

Langkah 1angkat kaki sebelah letakkan satu di kerusi ,pastikan tinggi kaki tersebut sama tinggi dengan pinggang.
Langkah 2 : langkah dengan semua kuasa naik dengan kekuatan hujung kaki dan melompat dari kerusi.
Langkah 3 : sewaktu di udara tukarkan kaki.
Langkah 4 : silih ganti meletakkan kaki sebelah diatas dan yang diatas tadi diletakkan di bawah. Lakukan secara berulang-kali seperti model 1.






Cara bermain bola keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan
pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.



Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran bola di tengah-tangah gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua orang permain, seorang daripada kedua-dua pasukan berdiri di tengah-tengah bulatan tengah gelanggang dengan kaki berada di gelanggang sendiri. Pengadil akan melambung bola ke atas di antara kedua-dua permain untuk direbut, Sebaik sehaja bola dilambung ,kedua-dua pemain ini akan berusaha menampar bola kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar seperuh bulatan masing-masing.











Gelanggang bola keranjang

Ukuran rasmi gelanggang bola keranjang Malaysia

Memanjang                                        : 28 meter
Melebar                                               : 15 meter
Separuh                                              : 14 meter
Papan jaring                                     : 1.8 meter
Bulatan tengah                                : 3.6 meter
Bulatan balingan percuma         : separa 1.8 / penuh 3.6
Garisan 3 pointer                            :  6.25 meter




Ukuran rasmi gelanggang bola keranjang kanak-kanak(mini basketball)


Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata.

5 posisi pemain bola keranjang ialah :

Point guard                    : Pemain pertahanan
Shooting guard             : Pengawal penjaring
Big Foward                     : Penyerang utama
Center                              : Pemain tengah
Small foward                : Penyerang kecil





Peraturan dalam permainan

Peraturan asas permainan bola keranjang adalah seperti berikut :

1. Bola boleh dibuang ke mana-mana arah dengan menggunakan salah satu atau kedua-dua belah tangan.
2. Bola boleh dilanggar/tepis dalam apa-apa cara dengan menggunakan satu atau kedua-dua belah tangan, tetapi tidak boleh dipukul menggunakan genggaman (menumbuk).
3. Pemain tidak dibenarkan untuk berlari sambil memegang bola dengan kedua-dua tangan. 
4. Bola mesti di antara tapak tangan. Senjata atau anggota badan yang lain adalah tidak dibenarkan untuk memegang bola.
5. Pemain tidak dibenarkan untuk membajak, memegang, menolak, memukul, atau mengatasi lawan dalam beberapa cara. Pertama pelanggaran peraturan ini akan dikira sebagai sesuatu kesilapan, kesalahan(foul) akan diberikan kepada pemain yang mencabuli kesalahan tersebut sehingga bola dimasukkan oleh pihak lawan, dan jika kesalahan itu dilakukan dengan niat untuk mencederakan pihak lawan, maka pemain yang melakukan kesalahan tersebut akan dihukum tidak perlu bermain sepanjang perlawanan. Pada waktu ini, sebarang penggantian pemain adalah tidak dibenarkan.
6. Jika satu pihak membuat tiga kali kesilapan berturut-turut, maka kesilapan itu akan dikira sebagai kesalahan(foul) untuk lawan. 
7. Apabila berlakunya kesalahan(foul), pihak lawan akan mendapat balingan percuma.
8. Pengadil mempunyai hak untuk memberi perhatian kepada para pemain yang melakukan kesalahan dan mencatat jumlah kesalahan yang dilakukan dan memberitahu penolong pengadil. Pengadil mempunyai hak penuh untuk membatalkan penyertaan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan mengikut Kaedah 5.
9. Penolong pengadil perlu melihat bola dan membuat keputusan apabila bola tersebut dianggap telah keluar lapangan, perubahan pemilikan, serta pemasaan.Penolong pengadil mempunyai hak untuk menentukan kesahihan gol dan menghitung bilangan jaringan .
10. Setiap permainan dalam pertandingan mempunyai 4 set dalam satu permainan, dan masa yang diberikan dalam 1 set ialah selama 10 minit. Masa berehat semasa pertandingan diberikan selama 5 minit.
11. Pihak yang berjaya untuk memasuk jaringan yang paling banyak akan diisytiharkan sebagai    pemenang.

KELEWATAN
Pasukan yang gagal menhadirkan diri 15 minit selepas masa pertandingan yang ditetapkan, dianggap menarik diri dalam pertandingan.

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Peserta/Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.
Sekiranya sesebuah pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja dari pertandingan, semua keputusan yang pernah dimainkan oleh pasukan/peserta pada sebelum itu akan dibatalkan.  Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/peserta yang berkenaan.