Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.
Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball.
Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.