zzzzzzzzzz

zzzzzzzzzz

Monday 12 September 2011

Teknik Asas bola keranjang

Mengelecek


Mengelecek merupakan kemahiran asas terpenting dalam bola keranjang yang perlu diketahui dan dimahirkan oleh seseorang pemain. Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam gelanggang sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol. Pemain yang dapat menguasai dengan baik kemahiran mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam gelanggang dengan berkesan.

  • Teknik mengelecek

Terdapat beberapa cara mengelecek dalam bola keranjang. Antaranya ialah kelecek rendah, kelecek tinggi, kelecek dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek.

1. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak tangan.
2. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek.
3. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal.
4.Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relax.
5. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut kadar kelajuan jarak pemain lawan.
6. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan,pemain hendaklah mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan.
7. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang.

  • Kelecek rendah
Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak olehpemian lawan. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan tidakmempunyai peluang untuk merampas bola itu,kecuali pemain yangmengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Dalam hal inipemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik.


  • Kelecek tinggi 

Kelecek tinggi dilakukan semasa pemian lawan berada agak jauhdaripada pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga digunakanapabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang berada di sekitarnya.Kelecek ini dilakukan untuk menggerakkan bola dengan pantas dari satutempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan menjaringkangol. Perbezaan ketara antara kelecek rendah dengan kelecek tinggi ialahdalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam kedudukan yang lebih lurusatau menegak daripada kelecek rendah.

 


Video Video Video



No comments:

Post a Comment