zzzzzzzzzz

zzzzzzzzzz

Monday, 12 September 2011

Teknik Asas bola keranjang

Hantaran

Selain daripada mengelecek, bola boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat lain, atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi hantaran.Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk menggerakkan bola ke arah keranjang.Apabila seseorang pemain tidak dapat mengelecekd isebabkan pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan kelecek, pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masihdalam penguasaan pasukannya.Perkara penting dan utama yang harus diberiperhatian oleh seseorang pemain apabila membuat hantaran bola ialah dia hendaklah membuat hantaran yang selamat.


Membuat hantaran merupakan kemahiran individu yang harus dimiliki dan dikuasai oleh setiap pemain. Daripada kemahiran individu inilah kemahiran pasukan dibentuk. Dalam hal ini sering dianggap bahawa membuat hantaran dan menerima hantaran merupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Ini bermakna kedua-dua pergerakan iaitu menghantar dan menerima bola sering dikategorikan sebagai satu kemahiran tersendiri.

Terdapat 3 jenis hantaran :


  • Hantaran Aras Dada

Dengan menggunakan kedua-duabelah tangan pemain. Biasanya kedudukan pemain semasa melakukanhantaran dada adalah suatu kedudukan yang memudahkan pemain membuat hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu.
Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dankelajuan diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemainlawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akanmembuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras.Sebagaisalah satu cara menghantar bola dalam bola keranjang, hantaran inihendaklah dikuasai oleh setiap pemain.






  • Hantaran Lantun

Hantaran lantun merupakan jenis hantaran membuat hantaran dalam permainan bola keranjang.Hantaran ini boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah ataupun kedua-dua belah tangan. Hantaran lantun dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawanyang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya. Dalamhantaran ini, pemain melantun bola ke permukaan gelanggang supaya bola melantun dengan baik untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untukmenerima bola.Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan berkesan.







  • Hantaran Di Atas Kepala 
Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak pantas melepasi kepala pemain lawan. Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain yang tinggi, khususnya pemain penyerang dan pertahanan. Hantaran ini juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalamsituasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantarantinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.



Video Video Video







1 comment: