zzzzzzzzzz

zzzzzzzzzz

Monday 12 September 2011

Cara bermain bola keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan
pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.



Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran bola di tengah-tangah gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua orang permain, seorang daripada kedua-dua pasukan berdiri di tengah-tengah bulatan tengah gelanggang dengan kaki berada di gelanggang sendiri. Pengadil akan melambung bola ke atas di antara kedua-dua permain untuk direbut, Sebaik sehaja bola dilambung ,kedua-dua pemain ini akan berusaha menampar bola kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar seperuh bulatan masing-masing.











2 comments: