zzzzzzzzzz

zzzzzzzzzz

Monday 12 September 2011

Latihan asas bola keranjang

Seseorang pemain bola keranjang memerlukan kemahiran seperti melontar , menangkap , dan menjaring. Dia juga perlu kemahiran kemahiran lain seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke sebarang arah termasukan melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung yang lain, jika tiada hentian permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap pemain ialah daya tahan , kekuatan , kelembutan , ketangkasan , dan pelaziman untuk membolehkannya mengendalikan bola.Untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemain bola keranjang yang berjaya , dia hendaklah boleh bergerak dengan cepat , tangkas , pantas , dan mempunyai daya tenaga untuk melompat. Di samping itu dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang ruang dan para pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil.Dalam permainan bola keranjang , terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu diperolehi bagi setiap pemain . Biasanya kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran permulaan , pertengahan , dan kemahirkan lanjutan . Kemahiran tersebut telah disusun mengikut perkembangan pengajaran yang lojik dan bukannya mengikut fungsi.
Kemahiran permulaan , iaitu kemahiran asas , amat diperlukan untuk membolehkan seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran pertengahan dan lanjutan pula merupakan satu bahagian penting dalam permainan bola keranjang secara menyeluruh yang membolehkan pemain menghadapi lebih banyak jenis keadaan. Namun begitu , kemahiran permulaan tetap menjadi asa permainan di semua tahap kemahiran.Oleh itu , dalam buku ini terdapat huraian tentang kegunaan bagi setiap kemahiran . Kemahiran-kemahiran itu sianalisis dan seterusnya diperkenalkan butir-butir untuk pengajaran dan pembelajaran .Setiap kemahiran disusuli dengan latihan yang sesuai . Semasa menghurai kemahiran tersebut , situasi permainan ulung dan yang diubahsuai juga disentuh yang menekankan pada situasi permainan yang dialami oleh pemain di peringkat awal pengalamannya.Kemahiran yang memang diperlukan oleh seseorang pemain ialah menghantar , menangkap , dan menjaring bola pada jarak dekat dan jerak sederhana jauh. Di samping itu juga pemain perlu mempunyai kemahiran gerak kaki asas untuk mengawal bola.Walaupun kemahiran pertahanan amat penting dalam permainan bola keranjang,tetapi permainan boleh diadakan sebelum kemahiran pertahanan disampaikan kepada pemain berkenaan.



Apa latihan yang perlu ditekankan kepada Pemain bola keranjang?


Kuasa pecutan
Latihan : lari pecut 
Ulangan : 3 kali seminggu ( 1 hari 10 set )

  • Berlari pecut diatas gelangang bola keranjang secara ulang-alik. Selepas itu berhenti rehat selama 3 minit dan lakukan larian pecut semula sehingga 10 set. Bagi permulaaan lakukan secara berperingkat.
Stamina
latihan : berlari/jogging
Ulangan : 3-5 kali seminggu ( 10 minit )
  • Belari atau jogging( dilakukan secara selang -seli ),boleh dilakukan diatas gelanggang selama 10 minit tanpa henti.
Jarak lontaran
latihan : melakukan lontaran dari setiap sudut
Ulangan : tanpa had
  • lakukan lontaran di setiap sudut.
Air Alert( Latihan lompatan )

  • Leapups


Leapups  menggunakan tali 

Langkah 1:    pada mulanya berlutut turun pergi ke 1 / 4.
Langkah 2:   melemparkan tali dan melompat naik apabila tali menyentuh hujung tanah .
Langkah 3:   ulang sehingga 1 set sepenuhnya.


Leapups tanpa menggunakan tali

Langkah 1Pada mulanya berlutut turun sehingga 1 / 4 letakkan kedua-dua            lengan di sebelah pinggang.
Langkah 2melompat naik manakala  lengan anda mesti diluruskan terus di sebelah badan apabila kaki menyentuh hujung tanah tangan harus diletakkan semula ke pinggang.

  • Stepups

Langkah 1angkat kaki sebelah letakkan satu di kerusi ,pastikan tinggi kaki tersebut sama tinggi dengan pinggang.
Langkah 2 : langkah dengan semua kuasa naik dengan kekuatan hujung kaki dan melompat dari kerusi.
Langkah 3 : sewaktu di udara tukarkan kaki.
Langkah 4 : silih ganti meletakkan kaki sebelah diatas dan yang diatas tadi diletakkan di bawah. Lakukan secara berulang-kali seperti model 1.






No comments:

Post a Comment